Friday 27 December 2013

Kejadian ikan naik ke darat di Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah

Berikutan Kejadian ikan naik ke darat di Kampung Tambisan Darat Lahad Datu Sabah (berita mengenainya),pelbagai spekulasi dari pelbagai pihak dapat kita ketahui.Kejadian sebegini sememangnya menimbulkan tanda tanya apatah lagi penduduk yang mengalaminya kerana ini merupakan perkara yang luar biasa.

Kita sebagai manusia yang merupakan peminjam dunia haruslah menyedari bahawa setiap perkara yang berlaku adalah atas kehendak-Nya.Janganlah beranggapan perkara luar biasa sebegini merupakan tanda tanda mungkin akan berlaku sesuatu yang buruk,malah ada juga yang beranggapan bala akan menimpa sepertimana Tsunami yang melanda Acheh pada tahun 2004.

Sebenarnya,apa yang berlaku di atas muka bumi ini merupakan kehendak Allah.Jika berlaku sesuatu yang baik,maka bersyukurlah dan jika sesuatu yang buruk menimpa,muhasabah diri dan janganlah jadikan keburukan yang menimpa sebagai alasan untuk tidak bisa berubah ke arah kebaikan.Kita perlu terus tabah menghadapi dugaan serta cobaan dari Allah.Kadang kala,Allah hanya memberi peringatan terhadap kita sebagai insan yang sering melakukan kesilapan.Justeru,marilah sama sama berdoa,agar negara Malaysia bahkan negara negara saudara se-Islam kita agar dijauhkan daripada segala bala bencana.Amin.Insya Allah.




Copyright: Blog Trik dan Tips - http://blogtrikdantips.blogspot.com/2012/05/membuat-efek-gelembung-pada-cursor.html#ixzz2Eu4S6O3p Tolong sertakan link ini jika mengkopi artikel diatas. Terima kasih